![]() |
| Pelanggan yang ingin berjumpa dengan Tuan Tommy Urusan perpindahan pelajar |
Berbeza dengan hari kelmarin yang agak sibuk, hari ini suasana kerja lebih tenang dan lenggang. Tidak banyak tugasan mendesak yang memerlukan tindakan segera, membolehkan saya memberi tumpuan kepada kerja-kerja mengatur fail serta merancang aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
Antara cadangan yang saya fikirkan ialah penubuhan sebuah kumpulan Telegram khusus bagi memuat naik semua fail, dokumen dan bahan sokongan untuk kegunaan guru. Berbeza dengan WhatsApp yang mengehadkan capaian fail lama kepada ahli sedia ada, Telegram membolehkan ahli baharu mengakses semua bahan terdahulu. Hal ini akan memudahkan perkongsian maklumat dan mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting.
Namun, ketenangan hari ini sedikit terusik apabila SK Kiabau sekali lagi menghantar borang yang tidak lengkap. Mereka terpaksa menghantar borang terakhir secara softcopy melalui WhatsApp. Disebabkan pegawai penghantar akan bergerak pada jam 11 pagi, mereka benar-benar mengejar masa untuk menyiapkan dokumen. Mujurlah segala kekurangan dapat diperbaiki tepat pada waktunya, dan permohonan berjaya dihantar tanpa sebarang masalah lanjut.
Pada waktu petang, saya berkunjung ke pekan untuk membeli keperluan di kedai alat tulis dan buku Misomporo. Atas permintaan isteri, saya membeli laminating papers dan paper rings. Saya juga singgah di Agro Bank untuk urusan peribadi, namun belum berjaya diselesaikan. Usai urusan di pekan, saya kembali ke pejabat untuk menyiapkan tugasan yang masih tertangguh. Bekerja dalam suasana yang lebih fleksibel seperti ini memberi ruang untuk saya menguruskan kerja dan hal peribadi secara seimbang.
Walaupun tidak setiap hari dipenuhi dengan tugasan yang mendesak, hari-hari seperti ini memberi peluang untuk menumpukan perhatian kepada perancangan strategik yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada pentadbiran prasekolah daerah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan