Sabtu, 16 Ogos 2025

Aktiviti Hari Ketiga Puluh Dua – Permulaan Hujung Minggu dengan Masa Bersama Keluarga

Menjaga anak dihujung minggu

Hari ini bermula seperti minggu lepas, iaitu saya menemani isteri ke Tamu untuk membeli bekalan makanan. Bezanya kali ini, kami membeli lebih banyak sedikit berbanding kebiasaan kerana minggu hadapan saya akan berada di Tawau selama lima hari, bermula Isnin. Dengan cara ini, isteri tidak perlu keluar lagi untuk membeli barang semasa ketiadaan saya.

Setelah pulang dari Tamu, saya meluangkan masa mengurus rumah – mengemas, membasuh kain dan membuat kerja-kerja rumah yang lain. Tugasan ini memang sudah menjadi rutin pada hujung minggu. Selepas selesai, saya menjaga anak pula. Walaupun jadual agak padat, saya rasa puas hati kerana dapat membantu dan meluangkan masa bersama keluarga.

Sejak berumah tangga, masa saya untuk bermain video games atau menonton movies memang berkurangan. Namun begitu, saya tidak pernah merindui kehidupan bujang dahulu. Hidup berkeluarga jauh lebih bermakna, penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang saya sayangi, dan setiap hari bersama mereka adalah kebahagiaan yang tidak dapat diganti.

Kebahagiaan sejati hadir apabila keluarga menjadi keutamaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penamatan Blog disebabkan mahu mengurangkan kerja

Saya pasang azam baru untuk post di sosial media. Penamatan blog ini akan membantu saya fokus kepada sosial media saya selain daripada mengu...