Ahad, 4 Januari 2026

Penamatan Blog disebabkan mahu mengurangkan kerja

Saya pasang azam baru untuk post di sosial media. Penamatan blog ini akan membantu saya fokus kepada sosial media saya selain daripada mengurangkan kerja.

Rabu, 10 Disember 2025

Rumusan Aktiviti 148 (9 Disember, Selasa) hingga 153 (14 Disember, Ahad)

Program Life Work Balance

 

148 (9 Disember, Selasa) – Mula mesej guru-guru pra untuk menyiapkan SKPK

149 (10 Disember, Rabu) – Bengel Penulisan Profil Hari Guru pada waktu pagi, Program #3A: Ceria di Rumah, Gembira di Tempat Kerja – Work–Life Balance pada waktu petang dan Perkhemahan SK Tangkungon pada waktu malam

150 (11 Disember, Khamis) – Cuci kereta pada waktu pagi. Packing.

151 (12 Disember, Jumaat) - Bergerak ke Tenghilan pada waktu petang, persediaan untuk dinner SKT

152 (13 Disember, Sabtu) - Kelas Master UniRAzak GoogleMeet pada waktu pagi dan malam dinner SKT

153 (14 Disember, Ahad) - Bergerak balik ke Telupid

Ahad, 7 Disember 2025

Rumusan Aktiviti 135 (28 November, Jumaat) hingga 147 (8 Disember, Isnin)

Gereja bersama anak


135 (28 November, Jumaat) – Berada di pejabat

136 (29 November, Sabtu) – Menghantar isteri dan mak ke tamu

137 (30 November, Ahad) – Menghantar mak pergi dan balik ke gereja

140 (1 Disember, Isnin) – Berada di pejabat

141 (2 Disember, Selasa) – Bimbingan Cadangan Permohonan RMK13 RP2 SK Tangkungon pada waktu pagi.

142 (3 Disember, Rabu) – Taklimat SIS dan UROX pada jam 9.30 pagi. Karoling pada waktu malam jam 7.00

143 (4 Disember, Khamis) – Di SK Ulu Ansuan untuk pemantauan IR dan MMI. Merasmi dan menutup hari Kanak-Kanak.

144 (5 Disember, Jumaat) – Hantar claim untuk bulan November.

145 (6 Disember, Sabtu) – Keluar ke tamu bersama dengan isteri dan mak.

146 (7 Disember, Ahad) – Ke gereja bersama anak buat pertama kali.

147 (8 Disember, Isnin) – Mulakan hari dengan berjalan sebanyak 7KM. Berada di pejabat sahaja.

Isnin, 24 November 2025

Rumusan Aktiviti 111 (4 November) hingga 134 (25 November)

Hari Kedua Bengkel SKPK Sky Hotel 25.11.2025


111 (4 November, Selasa) – Pergi ke Celyn Resort untuk memantau tempat untuk Majlis APC 2024

112 (5 November, Rabu) – Berada di Pejabat, persediaan untuk pembentangan Mesyuarat Dialog Prestasi.

113 (6 November, Khamis) – Mesyuarat Dialog prestasi, pembentangan prasekolah di bilik Mesyuarat AAPA

114 (7 November, Jumaat) – Jalan pada jam 10 bersama Tommy. Berada di Celyn Resort untuk persediaan Majlis APC, balik jam 7 petang.

115 (8 November, Sabtu) – Tidak pergi ke Majlis APC alasan sakit. Menghantar isteri dan mak ke tamu

116 (9 November, Ahad) – Menghantar mak ke Gereja

117 (10 November, Isnin) – Pergi ke Grand Inhotel, KK untuk Bengkel Pertukaran Guru

118 (11 November, Selasa) – Hari kedua Bengkel Pertukaran Guru

119 (12 November, Rabu) – Perjalanan pulang ke Telupid

120 (13 November, Khamis) – Berada di rumah

121 (14 November, Jumaat) – Berada di Pejabat

122 (15 November, Sabtu)  Menghantar Isteri dan Cikgu Frescila ke Sandakan untuk Latihan memandu. Menghantar anak ke kecemasan Klinik Kesihatan Telupid

123 (16 November, Ahad) Masih sakit dan hantar ke kecemasan tapi tidak dirawat disebabkan ramai pesakit.

124 (17 November, Isnin) Menghantar anak ke Klinik Mahen. Menghantar kertas kerja dan mengatur kewangan untuk makan dan minum. Menghantar Claim kepada Jacquelynn di unit kewangan.

125 (18 November, Selasa) Bengkel AI dan Egerak, barang dari Alex sampai untuk Majlis Anugerah Prasekolah. PBPPP pada waktu petang. Isi sendiri.

126 (19 November, Rabu) – Pengetua SMK Entilibon datang merekrut untuk sambung master. Lino dan Tommy join sekali.

127 (20 November, Khamis) – Berada di Pejabat

128 (21 November, Jumaat) – Mengambil banner backdrop Majlis Anugerah dari Box Express. Google meet waktu petang secara tidak rasmi

129 (22 November, Sabtu) – Pergi ke tamu

130 (23 November, Ahad) – Menghantar mak ke Gereja

131 (24 November, Isnin) – Bengkel SKPK perjalanan pergi si SKY Hotel, KK

132 (25 November, Selasa) – Bengkel SKPK

133 (26 November, Rabu) – Bengkel SKPK perjalanan pulang

134 (27 November, Khamis) – Majlis Anugerah Akhir Tahun Prasekolah di SK Pekan Telupid.


Ahad, 2 November 2025

Aktiviti Hari ke-91 hingga ke-110 Keutamaan bekerja dan flesibiliti

 

Bengkel SKPK dan SMPK


91 (14 Oktober, Selasa)

Mesyuarat Pelaksanaan Majlis APC Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang Bagi Pesara Tahun 2025 Bil.1/2025 dan Mesyuarat diteruskan oleh Tuan Denis mengenai Kempen Internet selamat

92 (15 Oktober, Rabu)

Mengangkat kerusi dan menyusun kerusi di dewan SK Telupid. Hadiah dan sijil telah diberikan kepada Cikgu Satvie semasa ketiadaan saya di pejabat pada waktu petang.

93 (16 Oktober, Khamis)

Program Kempen Internet Selamat di SK Telupid dan saya menghantar isteri ke sekolah dan menjemput dia semula untuk balik.

94 (17 Oktober, Jumaat)

Majlis Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri pada jam 10.30 pagi di Mini Dewan AAPA

95 (18 Oktober, Sabtu)

Ke Sandakan untuk menghantar isteri dan Cikgu Frescila untuk latihan memandu di IMS.

96 (19 Oktober, Ahad)

Mengambil dan menghantar mak ke gereja, ada kebaktian penetapan.

97 (20 Oktober, Isnin)

Mengambil masa pada waktu pagi untuk membersihkan rumah dan pada waktu petang pergi membeli barangan keperluan rumah, sebaik sahaja sampai ke rumah terus mencuci kereta.

98 (21 Oktober, Selasa)

Berada di pejabat dan meminta tandatangan PPD kertas kerja dan nota minta majlis kecil penutupan carnival. Pada waktu petang terdapat mesyuarat APC dan HRMIS JD (Job Description). Sempat mendaftar anak di HRMIS disebabkan PCB.

98 (22 Oktober, Rabu)

Menyiapkan HRMIS JD dan pada waktu petang Edi datang memantau tangki air.

99 (23 Oktober, Khamis)

Berada di pejabat, memberi peringatan mesra kepada guru-guru prasekolah untuk hadir ke mesyuarat di Bilik ICT Entilibon esok.

100 (24 Oktober, Jumaat)

Berada di SK Entilibon, Bilik ICT untuk mesyuarat konvo prasekolah.

101 (25 Oktober, Sabtu)

Menghantar mak untuk renew passport di MNK dan servis kereta hitam di UMW Sandakan

102 (26 Oktober, Ahad)

Mengambil dan menghantar mak ke gereja.

103 (27 Oktober, Isnin)

Melawat SMK Telupid untuk persediaan tempat dan tempat tersebut tidak boleh dipakai disebabkan mereka mempunyai audit. Terpaksa mencari tempat di SK Pekan Telupid. Juga terpaksa mengatur makan dan minum.

104 (28 Oktober, Selasa)

SLU Latihan kepimpinan ToT Kurikulum di Bilik ICT, SK Pekan Telupid, mesyuarat APC pada waktu petang di PPD, makan petang di hantar ke PPD disebabkan SLU tamat awal.

105 (29 Oktober, Rabu)

Masalah kewangan untuk pembayaran PPMmystep.

106 (30 Oktober, Khamis)

Follow up dengan pembayaran PPMmsytep.

107 (31 Oktober, Jumaat)

Selia bantu SK Kiabau

108 (1 November, Sabtu)

Membeli barangan dapur bersama isteri dan mak. Berada di rumah, cuci kereta.

109 (2 November, Ahad)

Mengambil dan menghantar mak ke gereja.

110 (3 November, Isnin)

Bengkel  SMPK dan SKPK di Pusat Sumber, SK Telupid

Rabu, 22 Oktober 2025

Aktiviti Hari ke-91 hingga Hari ke-99 Fokus Bekerja di Daerah Sendiri

 

Mesyuarat APC bilangan pertama


91 (14 Oktober, Selasa)

Mesyuarat Pelaksanaan Majlis APC Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang Bagi Pesara Tahun 2025 Bil.1/2025 dan Mesyuarat diteruskan oleh Tuan Denis mengenai Kempen Internet selamat


92 (15 Oktober, Rabu)

Mengangkat kerusi dan menyusun kerusi di dewan SK Telupid. Hadiah dan sijil telah diberikan kepada Cikgu Savtie semasa ketiadaan saya di pejabat pada waktu petang.


93 (16 Oktober, Khamis)

Program Kempen Internet Selamat di SK Telupid dan saya menghantar isteri ke sekolah dan menjemput dia semula untuk balik.


94 (17 Oktober, Jumaat)

Majlis Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri pada jam 10.30 pagi di Mini Dewan AAPA


95 (18 Oktober, Sabtu)

Ke Sandakan untuk menghantar isteri dan Cikgu Frescila untuk latihan memandu di IMS.


96 (19 Oktober, Ahad)

Mengambil dan menghantar mak ke gereja, ada kebaktian penetapan.


97 (20 Oktober, Isnin)

Mengambil masa pada waktu pagi untuk membersihkan rumah dan pada waktu petang pergi membeli barangan keperluan rumah, sebaik sahaja sampai ke rumah terus mencuci kereta.


98 (21 Oktober, Selasa)

Berada di pejabat dan meminta tandatangan PPD kertas kerja dan nota minta majlis kecil penutupan carnival. Pada waktu petang terdapat mesyuarat APC dan HRMIS JD (Job Description). Sempat mendaftar anak di HRMIS disebabkan PCB.


98 (22 Oktober, Rabu)

Menyiapkan HRMIS JD dan pada waktu petang Edi datang memantau tangki air.


99 (23 Oktober, Khamis)

Berada di pejabat, memberi peringatan mesra kepada guru-guru prasekolah untuk hadir ke mesyuarat di Bilik ICT Entilibon esok.

Ahad, 12 Oktober 2025

Aktiviti hari ke-85 sehingga ke-90 - Seminar Inovasi: Menggapai Inovasi Memacu Kompetensi Menjadi Realiti

Bersama dengan Tuan Akbar dan Tuan Noor Muhedin di INTAN


85 (8 Oktober, Rabu) - Seminar Inovasi: Menggapai Inovasi Memacu Kompetensi Menjadi Realiti di Dewan Seminar Mengkabong, INTAN Kampus Sabah. 4.30 – 7.50, 8.00 – 1.00 sarapan dan makan tengah hari disediakan. hantar surat doktor gigi kepada adik di City Mall, Kantin Bakut.

86 (9 Oktober, Khamis) – Di Telupid

87 (10 Oktober, Jumaat) – Zumba dan gotong-royong sempena Hari Cuci Malaysia. Pada waktu petang, mengurus kewangan PPM mystep. Belajar satu pengajaran yang penting bagi kewangan.

88 (11 Oktober, Sabtu) – Menghantar isteri dan Cikgu Frescilla ke Sandakan untuk Latihan memandu. Abang mengembalikan kereta pada waktu malam. Dia meminjam kereta sejak hari Selasa.

89 (12 Oktober, Ahad) – Menghantar mak ke gereja. Hantar kereta ke workshop untuk membaiki kerosakan bahagian bawah kereta. Tidak sanggup berbaris di JNT disebabkan terlalu lama. Meminta pertolongan ahli keluarga untuk mengambil.

90 (13 Oktober, Isnin) – Pergi kerja awal untuk menyiapkan beberapa kerja yang penting seperti kertas kerja dan pengurusan bengkel SMPK dan SKPK yang akan dijalankan pada masa akan datang. Saya juga telah mengurus majlis penutupan kecil prasekolah dan akan dibuat bila bengkel SMPK dan SKPK diadakan di SK Telupid 3hb Nov. Hantar telefon adik ipar ke kedai untuk pembaikan. Gotong-royong merantis di PPD. Ambil barang awal pagi, selepas menghantar isteri.

Isnin, 6 Oktober 2025

Aktiviti Hari Kelapan Puluh Empat – Tugas Penjaga Masa dan Jemputan ke Seminar Inovasi

Hari Kedua Bengkel Kajian Tindakan 12 Langkah


Pagi ini sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana isteri saya yang memandu ke sekolah. Seperti biasa, saya menemaninya ke SK Tangkungon, namun kali ini dia bertugas sebagai guru penyambut dalam program Guru Penyayang. Program ini menjadi rutin mingguan di sekolahnya, mengeratkan hubungan antara guru dan murid sambil mencipta suasana mesra setiap kali mereka melangkah ke pintu pagar sekolah.

Selepas menghantarnya, saya tidak terus ke SK Pekan Telupid. Sebaliknya, saya mengambil sedikit masa untuk mengemas meja kerja terlebih dahulu sebelum ke bengkel yang telah berlangsung sejak semalam — Bengkel Kajian Tindakan 12 Langkah. Dalam bengkel ini, saya diberikan tanggungjawab sebagai penjaga masa bagi sesi pembentangan. Walaupun tugasan ini nampak kecil, ia memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan bengkel berjalan lancar dan setiap peserta mendapat masa yang adil untuk berkongsi hasil dapatan mereka.

Menjelang tengah hari, saya menerima jemputan daripada Tuan Akbar untuk menghadiri Seminar Inovasi yang akan diadakan di Sepangar pada keesokan harinya. Walaupun saya berpeluang bergerak lebih awal pada petang ini, saya memutuskan untuk tidak berbuat demikian. Saya lebih selesa bertolak awal pagi dan kembali pada hari yang sama bagi mengelakkan keletihan dan urusan tidak dirancang.

Dalam masa yang sama, abang saya sempat datang semalam untuk menyerahkan surat doktor gigi yang perlu saya hantar esok. Oleh itu, saya menjangka akan pulang sedikit lewat kerana perlu menguruskan penghantaran surat tersebut sebelum ke destinasi seterusnya.

Menutup hari ini, saya rasa bersyukur kerana semuanya berjalan mengikut perancangan walaupun jadual agak padat. Setiap tugasan, sama ada besar atau kecil, tetap menyumbang kepada kelancaran perjalanan kerja harian dan membuka peluang baharu untuk menimba pengalaman.

Setiap tanggungjawab kecil membuka ruang kepada pengalaman besar.

Ahad, 5 Oktober 2025

Aktiviti Hari Ketujuh Puluh Lapan hingga Kelapan Puluh Tiga - Bengkel SMPK

Hari Kedua Bengkel SMPK


Disebabkan saya semakin malas disebabkan banyak komitmen kerja yang lain. Bila saya tertangguh untuk update, saya akan buat dalam format ini. Blog ini penting bagi saya untuk 'keep in track' apa aktiviti yang telah saya buat. Dulu saya selalu 'post' ke Facebook bila ada aktiviti tapi saya tidak mahu 'attract unwanted interactions' dalam sosial media.

78 (1 Oktober, Rabu) – Pagi pergerakan, Petang Bengkel SMPK di JPNS, bumper kereta terlanggar pembahagi jalan di stesen petronas, stay di Curve 25, bawa adik makan Bakuteh.

79 (2 Oktober, Khamis) – Hari kedua Bengkel SMPK, belanja adik-adik makan nasi lemak, food panda. kedua adik ada ketidak sefahaman tentang haluan kerja dan kewangan. Adik perempuan mungkin akan ikut saya balik pada hari Jumaat esok.

80 (3 Oktober, Jumaat) – Terbangun jam 2 pagi disebabkan benda tersebut. Hari terakhir Bengkel SMPK, pergi ke lojing untuk menjemput adik tapi dia tidak jadi balik ke Telupid, gigi pecah semasa kunyah gula getah.

81 (4 Oktober, Sabtu) – Bawa mak dan isteri pergi ke tamu untuk membeli

82 (5 Oktober, Ahad) – Pergi ke gereja, hantar mak pergi dan balik, beli telur waktu mak pergi beli makanan anjing dan kucing di Oasis. Pada waktu petang saya bawa isteri pergi ke Pekan untuk dia shopping di ONE STOP dan saya pergi ke kedai untuk tukar screen cover kedua-dua telefonnya

83 (6 Oktober, Isnin) – Selepas membuat penempahan tempat dan makan minum bengkel TOT, saya bergerak ke SK Pekan Telupid, Akbar menjemput saya untuk ikut seminar inovasi di KK pada hari rabu.


Isnin, 29 September 2025

Aktiviti Hari ketujuh puluh tujuh - Berada di Pejabat

Tuan Lino sedang sibuk menyiapkan sesuatu di ruang tamu
Bangunan SPS

    Kerja semakin bertimbun dan saya perlu buat semua kerja secara optimum tanpa pembuangan masa. Hari ini saya menghantar isteri ke SMK Telupid untuk bengkel Delima. Manakala saya pula perlu bersiap untuk bergerak ke Kota Kinabalu, tapi disebabkan saya salah membaca jadual, yang mana hari esok ada peruntukan untuk pergerakan ke bengkel data SMPK di JPNS. Saya berada di pejabat hari ini dan cuba menyiapkan semua kerja yang perlu dibuat dengan kadar segera.

Ahad, 28 September 2025

Aktiviti Hari Keenam Puluh Enam hingga ke Tujuh Puluh Enam

Gambar bersama Tuan Timbalan Ezlisan dan Cikgu Melvin
Guru Pembangunan SMK Entilibon 26.09.2025 (Jumaat)

29.09 (Isnin) 76

- Bawa mak untuk meracun rumput

- Isteri ada meeting di SMK Telupid, berkenaan tugasnya sebagai Guru ICT


28.09 (Ahad) 75

- Pergi ke gereja

- Hantar mak pergi ke gereja dan pulang, sempat bawa dia membeli belah

 

27.09 (Sabtu) 74

- Bawa isteri dan mak keluar ke tamu untuk membeli belah. Sempat singgah ke bank untuk keluarkan tunai.

 

26.09 (Jumaat) 73

- Melawat SK Entilbon

 

25.09 (Khamis) 72

- Hantar anak ke Klinik Kesihatan dan isteri ada taklimat AJK SPR di dewan terbuka Telupid

 

24.09 (Rabu) 71

- Berada di Pejabat

 

23.09 (Selasa) 70

- Berada di Pejabat

 

22.09 (Isnin) 69

- Berada di Pejabat

 

21.09 (Ahad) 68

- Bergerak pulang ke Telupid.

 

20.09 (Sabtu) 67

- Jalan awal pagi pergi ke Tuaran untuk mengambil isteri terlebih dahulu sebelum ke Curve 25, untuk menghantar kerusi dan meja kepada adik. Kemudian pergi membeli belah di Suria sebelum balik ke Tenghilan.

 

19.09 (Jumaat) 66

Pada waktu pagi, saya terkejut sebab komputer menunjukkan masa yang salah menyebabkan saya lewat bersiap untuk pergi bekerja. Kurang air, mengambil keputusan untuk mandi di Gambaron tempat tinggal ibu sekaligus mengambil meja dan kerusi yang diminta oleh adik untuk dihantar ke Kota Kinabalu. Saya pergi PPD dahulu untuk mengambil kehadiran disebabkan takut terlewat. Saya masih lagi awal ke tempat kerja selepas itu, iaitu sebelum jam 8.


Khamis, 18 September 2025

Aktiviti Hari Keenam Puluh Lima - Cabaran Kesihatan, Hujan, dan Ketiadaan Bekalan

Basikal ke Pejabat


Khamis pagi dimulakan dengan suasana yang cerah. Saya memilih untuk pergi ke tempat kerja dengan menggunakan basikal kerana aktiviti gereja di hadapan rumah sudah berakhir semalam, menjadikan perjalanan lebih lancar tanpa gangguan trafik. Dengan isteri yang masih berada di Tuaran, saya tidak mempunyai keperluan mendesak untuk menggunakan kereta. Suasana pagi yang tenang benar-benar membuatkan saya gembira dapat berbasikal ke tempat kerja.

Namun begitu, pada sebelah petang saya tetap menggunakan kereta. Hal ini kerana keluarga meminta bantuan untuk mengangkat meja dan kerusi yang akan dihantar ke Kota Kinabalu pada hari Sabtu nanti. Malangnya, disebabkan hujan, saya terpaksa membatalkan rancangan tersebut dan memutuskan untuk mengambil barang-barang itu pada awal pagi esok.

Di pejabat, saya lebih banyak menumpukan masa kepada perancangan dan pengemasan aktiviti pelaporan. Tetapi keadaan kesihatan saya yang tidak begitu baik mengganggu tumpuan. Hidung berhingus tanpa henti dan telinga yang terasa tersumbat membuatkan saya kurang selesa. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal bagi makan ubat dan berehat.

Selepas berehat pada waktu tengah hari, keadaan bertambah baik walaupun rasa mengantuk akibat ubat selsema masih ada. Tumpuan kerja tetap terganggu, ditambah pula dengan masalah internet yang sudah tidak berfungsi sejak kelmarin. Walaupun laporan telah dibuat, pihak berkenaan memaklumkan talian hanya akan pulih sekitar jam 7 malam.

Malamnya, saya memilih untuk tidur lebih awal. Namun satu lagi cabaran muncul — ketiadaan air. Setelah mencari maklumat, saya mendapati daerah Telupid sedang mengalami masalah tekanan air, dan pihak pengurusan masih berusaha membaikinya tanpa tarikh penyelesaian yang pasti. Dengan itu, saya bercadang untuk mandi di rumah ibu saya di Kampung Gambaron sekiranya keadaan berterusan.

Hari ini penuh dengan ujian kecil — dari kesihatan yang tidak mengizinkan, hujan yang menunda rancangan, internet yang tergendala, hingga ke ketiadaan air. Namun dalam setiap kesukaran, ada ruang untuk bertenang dan menyesuaikan diri. Perjalanan dengan basikal di pagi yang cerah menjadi momen kecil yang memberi kegembiraan, meski selebihnya dipenuhi cabaran.


Kesederhanaan pagi memberi kekuatan menghadapi cabaran sepanjang hari.

Selasa, 16 September 2025

Aktiviti Hari Ke Lima Puluh Tujuh sehingga Enam Puluh Empat - Blog tertangguh

 

Menjadi Hakim Hari Kebangsaan di SK Tangkungon

10/09 Rabu 57 - Hari Ketiga Bengkel Penataran Kurikulum Baru Prasekolah

11/09 Khamis 58 – Hari Keempat dan terakhir Bengkel

12/09 Jumaat 59 – Hakim Hari Kebangsaan di SK Tangkungon

13/09 Sabtu 60 – Bergerak ke Tuaran, Pergi ke klinik Tenghilan

14/09 Ahad 61 – Cuti di Tuaran, melawat CKS Tuaran

15/09 Isnin 62 – Bergerak dari Tuaran ke Telupid, ada aktiviti gereja di depan rumah

16/09 Selasa 63 – Berada di rumah, mengemas, bersedia untuk bekerja esok

17/09 Rabu 64 – Kerja seperti biasa, isi minyak, cuci kereta dan mula membuat pelaporan

Selasa, 9 September 2025

Aktiviti Hari Kelima Puluh Enam - Mengurus Tuntutan, Menghargai Jamuan

Hari Kedua Bengkel Penataran Kurikulum Baru Prasekolah

Hari ini saya memulakan tugasan dengan kehadiran di PPD sebelum terus bergerak ke SK Pekan Telupid untuk mengikuti bengkel yang dijadualkan. Berbeza dengan semalam, kali ini saya tidak perlu bimbang soal sarapan kerana segalanya sudah tersedia dengan baik.

Pada waktu pagi, saya sempat memaklumkan kepada Puan Duisa dan pegawai lain bahawa saya perlu berada di pejabat untuk mengurus tuntutan bulan Ogos. Kerja ini memerlukan fokus agar tidak berlaku kesilapan dalam dokumen, namun alhamdulillah ia dapat diselesaikan tepat pada waktunya. Usai semua urusan, saya kembali semula ke bengkel dan meneruskan sesi seperti biasa.

Kebiasaannya, pada tengah hari saya akan menjemput isteri pulang dari tempat kerjanya di SK Tangkungon. Namun, hari ini sedikit berbeza kerana mereka mempunyai aktiviti perasmian Kota Buku di sekolah, diikuti dengan mesyuarat mingguan. Justeru, saya hanya menjemput beliau selepas bengkel selesai pada jam 4.30 petang.

Setibanya di SK Tangkungon, saya berasa terhormat apabila dijemput untuk turut serta dalam jamuan sempena perasmian aktiviti Kota Buku. Suasana mesra dan kebersamaan jelas terasa, menambahkan lagi nilai hari ini. Selepas itu, saya pulang dengan rasa lega dan keletihan, lalu memilih untuk tidur lebih awal daripada biasa bagi mengembalikan tenaga.

Hari ini mengingatkan saya tentang pentingnya fleksibiliti dalam mengatur masa—menyelesaikan urusan pejabat, menghadiri bengkel, dan tetap menunaikan tanggungjawab keluarga. Walaupun jadual padat, setiap pengalaman memberikan nilai tersendiri yang tidak ternilai.

Mengurus masa, menghargai pengalaman, menyeimbangkan tanggungjawab.

Isnin, 8 September 2025

Aktiviti Hari Kelima Puluh Enam - Tersalah Lokasi, Tersalah Peranan: Pelajaran dari Hari yang Panjang

Bengkel Kerja Penataran Kurikulum Prasekolah
Bilik ICT, SK Pekan Telupid


Seawal pagi, selepas menghantar isteri ke SK Tangkungon, saya terus ke PPD untuk mengambil kehadiran. Risau sarapan bengkel yang bakal saya hadiri tidak mencukupi, saya sempat membeli nasi goreng telur sebagai persediaan. Namun, keputusan ini saya kesali kerana sarapan yang disediakan di bengkel ternyata lebih daripada mencukupi, malah agak sedap. Selesai urusan ringkas, saya sempat menghantar surat kelulusan SMK Penangah di meja Puan Jijie serta surat terima dokumen kepada Tuan Akbar.

Saya dijadualkan menghadiri Bengkel Kerja Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 untuk guru-guru prasekolah KPM, anjuran JPN Sabah bagi PPD Telupid. Malangnya, saya kurang teliti membaca surat jemputan dan tersalah lokasi. Saya memandu ke SK Telupid sedangkan bengkel sebenar berlangsung di SK Pekan Telupid. Mujur situasi masih terkawal.

Setibanya di lokasi, seorang penceramah menyapa saya dan meminta saya membuat cabutan kumpulan. Beliau menyangka saya salah seorang peserta. Walaupun sudah menjelaskan bahawa saya hadir sebagai pegawai prasekolah dan AJK, beliau tetap menjemput saya menyertai aktiviti. Saya hanya ikut serta seketika — sekadar “play along” — sebelum kembali menjalankan peranan asal sebagai AJK. Situasi itu agak mencuit hati, menambahkan warna dalam hari yang panjang.

Di sela masa bengkel, saya cuba menyiapkan tuntutan perjalanan bulan Ogos. Pada mulanya saya bercadang keluar untuk menyelesaikan di pejabat, tetapi ternyata pengisian butiran mengambil masa yang panjang. Tengah hari pula, saya hampir tidak sempat menikmati hidangan yang disediakan kerana perlu menjemput isteri pada jam 1. Saya hanya menjamah sedikit sebelum pulang, lalu menambah semula dengan masakan isteri di rumah.

Petang itu, saya kembali ke SK Pekan Telupid pada jam 2.30 hingga bengkel berakhir pada jam 4. Kemudian, saya singgah semula di pejabat untuk mengurus fail, memeriksa emel, serta berbincang dengan Tuan Ezlisan mengenai lawatan seramai 23 pegawai PPD dari daerah lain dan juga pegawai JPN. Perbincangan agak panjang, menyebabkan saya lewat pulang.

Jam sudah 6 petang ketika saya tiba di rumah. Isteri saya sebenarnya menunggu di luar, namun selepas menanti setengah jam tanpa kepulangan saya, dia kembali masuk ke dalam rumah. Perasaan bersalah hadir kerana membuatnya menunggu. Saya bertekad untuk lebih peka dengan masa agar tidak mengulangi perkara yang sama.

Hari ini penuh dengan cabaran kecil — tersalah lokasi, kekeliruan peranan, malah isu masa yang berulang kali menghantui. Namun, setiap detik membawa pengajaran: lebih teliti, lebih teratur, dan lebih prihatin terhadap orang sekeliling, terutama insan tersayang.

Kesilapan kecil mengajar kita tentang teliti, sementara penantian orang tersayang mengingatkan kita tentang erti menghargai.

Ahad, 7 September 2025

Aktiviti Hari Ke-53 & 54 (Sabtu & Ahad, 6–7 September)

Gambar Ghibli anak berada di pangkuan semasa
saya sedang bermain dengan telefon

Hujung minggu kali ini hadir dengan suasana yang lebih tenang, menjadi ruang untuk mengurus hal rumah tangga sambil mengimbangi keperluan rehat.

Pada hari Sabtu, saya bersama isteri pergi ke tamu untuk membeli sayur-sayuran segar dan beberapa barang keperluan rumah. Suasana tamu yang meriah memberi keceriaan hujung minggu. Setelah pulang, saya menghabiskan masa mengemas rumah, menyusun barang agar lebih teratur dan selesa. Walaupun ringkas, aktiviti ini memberi rasa puas hati kerana ruang rumah menjadi lebih tenang untuk didiami.

Hari Ahad pula lebih santai. Saya banyak berehat dengan bermain komputer dan menonton movie. Selain itu, saya dan isteri sempat turun ke Pekan untuk membeli barangan rumah yang diperlukan bagi proses renovasi dapur. Walaupun ringkas, ia tetap bermakna kerana dilakukan bersama-sama.

Akhirnya, saya merasa selesa kerana dapat meluangkan masa rehat di rumah selepas tiga minggu berturut-turut perlu keluar daerah. Namun begitu, masih ada perasaan seolah-olah perjalanan keluar daerah akan terus menjadi rutin mingguan. Banyak kerja menanti, tetapi sekurang-kurangnya hujung minggu ini memberi peluang untuk menenangkan fikiran dan mengisi semula tenaga.

Hujung minggu bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi juga ruang untuk menyeimbangkan antara kerja, keluarga, dan diri sendiri. Dari membeli barang dapur hingga mengemas rumah, setiap aktiviti sederhana memberi makna apabila dilakukan dengan ikhlas dan bersama orang tersayang.


Hujung minggu – waktu untuk menyusun semula ruang, jiwa, dan tenaga.

Khamis, 4 September 2025

Aktiviti Hari Ketiga Puluh Sembilan hingga Lima Puluh Dua - Terlalu sibuk, Blog tertangguh

 

Datuk Haji Raisin sedang berucap sempena penutupan bengkel

Ogos

23 Sabtu – Cuti dan fokus berehat, pergi ke tamu

24 Ahad – Cuti dan membuat kerja rumah

25 Isnin – Berada di pejabat menghubungi Cikgu Chiew Guru ICT SJKC Chung Hwa untuk tugas khas AJK PA system.

26 Selasa – Berada di pejabat meminta data SULDP saya dimasukkan tindakan EO Rodzlan memberi nombor kad pengenalan sahaja.

 

27 Rabu – Hari pertama Mini Kolokium

-          Jalan jam 4 pagi, setelah selesai bergerak pulang ke Telupid

28 Khamis – Hari kedua Mini Kolokium

-          Imunisasi bayi di Klinik Kesihatan Telupid

29 Jumaat – Hari terakhir Mini Kolokium Amalan Terbaik Pengurusan Kelas Prasekolah JPNS di SJKC Chung Hwa

-          Jalan jam 3 pagi, setelah selesai bergerak pulang ke Telupid

30 Sabtu – Cuti dan fokus berehat, pergi ke tamu

31 Ahad – Cuti dan membuat kerja di rumah.


September

1 Isnin – Cuti Hari Kebangsaan sempena sambutan Hari Merdeka 31hb Ogos yang jatuh pada hari Ahad

-          Memberikan markah penilaian tarian kepada Cikgu Ednasih

2 Selasa – Hari Pertama Bengkel Penyelarasan Penempatan dan Pertukaran Shangri-La, KK

-          Jalan dari Telupid jam 9 pagi

-          Dapat bilik bersama En. Chang dari PPD Lahad Datu

-          Menonton movie ‘Demon Slayer’ cukup terseksa sebab mengantuk

3 Rabu – Hari kedua Bengkel

-          Tidak banyak yang perlu dibuat sebab sedikit sahaja jumlah EGtukar

-          Pada waktu malam, dibelanja makan oleh bos adik Mr. Joseph.

4 Khamis – Hari Terakhir Bengkel Penyelarasan Penempatan dan Pertukaran Shangri-La, KK

-          Tamat 12.30 tengahari, checkout dan makan tengahari

-          Singgah di Tong Hing

-          Ambil adik dari Bukit Bantayan Residences

-          Singgah di PMG, untuk beli susu anak

-          Singgah Petronas untuk isi minyak

-          Sampai jam 7.30 malam di rumah

-          SK Linayukan pemenang solo bagi Smart Digital

5 Jumaat – Cuti Maulidur Rasul

Jumaat, 22 Ogos 2025

Aktiviti Hari Ketiga Puluh Lapan - Menghargai Jasa, Menyambut Kepimpinan Baharu

Ucapan terakhir En. Welter Petrus sebagai
Guru Besar SK Tangkungon

Hari ini saya menghadiri satu majlis perpisahan di sekolah lama, iaitu tempat isteri saya bekerja. Majlis ini diadakan sempena perpindahan Guru Besar, En. Welter, yang akan bertugas di sekolah baharu di kampung beliau, di daerah Kuala Penyu. Kehadiran saya adalah atas jemputan isteri, dan beliau turut berpesan agar saya berpakaian sesuai untuk menghadiri acara tersebut.

Majlis berlangsung dengan suasana penuh mesra dan beremosi. Selain rakan-rakan guru serta warga sekolah, Guru Besar baharu, Cikgu Nasa Danggang, turut hadir dan beramah mesra bersama warga sekolah. Selepas acara perpisahan, kami dijemput menikmati jamuan makan tengah hari yang disediakan.

Hari ini juga saya meneruskan rutin seperti biasa, iaitu menghantar dan menjemput isteri saya dari tempat kerjanya. Walaupun nampak sederhana, pengalaman menghadiri majlis ini memberi peluang untuk saya menyaksikan ikatan erat antara warga sekolah dan pemimpin mereka.

Setiap perpisahan pastinya membawa rasa sebak, namun dalam masa yang sama membuka ruang kepada permulaan baharu. Kehadiran Guru Besar baharu menandakan kesinambungan kepimpinan yang diharapkan dapat meneruskan budaya kerja yang baik. Dari sisi peribadi, saya berasa bersyukur kerana dapat sama-sama berkongsi momen penting bersama isteri dalam suasana kekeluargaan warga sekolahnya.

"Perpindahan bukanlah pengakhiran, tetapi langkah awal kepada perjalanan yang baharu."

Khamis, 21 Ogos 2025

Aktiviti Hari Ketiga Puluh Tujuh: Penutup Karnival di SJKC Kung Ming

Bersama dengan Team Fantasi Si Cilik
SK Tangkungon


Hari terakhir Karnival hanya memperlihatkan satu pertandingan sahaja iaitu Pertandingan Tarian Rakyat yang berlangsung di SJKC Kung Ming. Berbeza dengan semalam, kali ini saya bergerak lebih awal dan bernasib baik kerana dapat parkir betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah.

Dewan di sini sangat luas — mampu memuatkan dua gelanggang bola keranjang sekaligus. Namun, perjalanan acara tidaklah semudah yang dirancang. Makanan untuk murid lewat tiba akibat kemalangan yang menimpa kereta penghantar. Sebelum acara bermula, pengacara mengingatkan bahawa sebarang rakaman video atau perkongsian di media sosial adalah dilarang bagi menjaga kerahsiaan pertandingan kebangsaan. Anehnya, pada masa yang sama pihak penganjur menyiarkan acara secara langsung di Facebook.

Acara turut dihiasi insiden tidak dijangka. Dua persembahan sebelum giliran daerah kami, berlaku kemalangan apabila speaker berasap dan terbakar, menyebabkan pertandingan tergendala agak lama. Malangnya, sewaktu giliran daerah kami, sistem audio masih bermasalah. Ditambah pula dengan keadaan murid yang belum sempat makan kerana sarapan dan makan tengahari tiba agak lewat, ia sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran.

Menjelang tengahari, saya meminta izin daripada Tuan Timbalan Ezlisan untuk bergerak lebih awal ke Telupid. Barang-barang telah saya kemas sejak pagi, dan saya tidak mahu memandu terlalu lewat malam. Kebanyakan wakil daerah lain juga sudah pulang mendahului sebelum majlis penyampaian hadiah kerana mereka menjangka hanya akan membawa pulang saguhati, dan ternyata telahan itu tepat.

Perjalanan pulang ditemani hujan lebat hampir sepanjang jalan. Di satu kawasan selepas Beluran menuju Telupid, kereta saya sempat tergelincir sedikit akibat jalan licin, namun syukur saya masih dapat mengawalnya dengan baik. Tepat jam 8.30 malam, saya selamat tiba di Telupid, penat tetapi lega.

Hari terakhir ini mengajar saya tentang kesabaran menghadapi halangan teknikal dan ujian yang tidak dijangka. Walaupun ada gangguan, semua pihak tetap meneruskan dengan semangat. Perjalanan pulang dalam hujan lebat juga mengingatkan saya bahawa keselamatan lebih penting daripada apa jua pencapaian. Karnival ini menutup tirainya dengan penuh pengalaman, dan saya pulang dengan rasa syukur serta puas hati kerana segalanya dapat diharungi dengan baik.


Setiap perjalanan pulang membawa bukan sekadar kenangan, tetapi juga kekuatan baharu untuk melangkah ke hadapan.

Rabu, 20 Ogos 2025

Aktiviti Hari Ketiga Puluh Enam: Hari Pertandingan Bermula di Tawau

Menerima Hadiah Hamper, Sijil Penyertaan dan Penghargaan
di Karnival Kecermerlangan Prasekolah Peringakt Negeri di Tawau


Saya bangun awal pagi dengan tujuan untuk ke SK Tanjung Batu Keramat, namun tetap terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Walaupun begitu, saya tetap berusaha untuk tiba tepat pada waktunya, meskipun terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari kawasan sekolah. Untuk kumpulan dari daerah Telupid, saya merupakan orang pertama yang sampai.

Setibanya di dalam sekolah, saya memilih untuk berada di lokasi yang mudah dikenali – berdekatan dengan tiga pasang bendera. Tempat pendaftaran terletak di kawasan tapak perhimpunan sekolah. Ketika itu, suasana sudah meriah dengan kehadiran peserta, guru pengiring serta ibu bapa. Pegawai yang bertugas di kaunter pendaftaran turut membuat pengumuman penting bahawa mana-mana peserta yang lewat akan terus didiskualifikasi. Mujurlah, semua peserta dari daerah Telupid sempat tiba tepat pada masa. Saya juga sempat mengagihkan tag nama kepada guru-guru pengiring serta wakil peserta. Tag nama ini penting kerana ia juga berfungsi sebagai baucar untuk mendapatkan sarapan dan makan tengah hari.

Sepanjang pertandingan berlangsung, tidak banyak perkara yang dapat saya lakukan secara langsung. Tugasan merakam gambar saya serahkan kepada guru pengiring di setiap pertandingan. Hari ini terdapat empat kategori pertandingan dijalankan serentak, iaitu Mutiara Hadis, Fantasi Si Cilik, Pentas Boneka, serta Smart Digital. Sekolah turut menyediakan siaran langsung melalui tiga skrin projektor, namun kualitinya agak terbatas – paparan kurang jelas dan tiada audio. Saya juga cuba mendapatkan pautan siaran langsung melalui group Telegram Karnival, tetapi tiada sebarang makluman dikongsikan.

Dalam ruang masa yang ada, saya mengambil kesempatan untuk menyusun semula semua dokumen penting seperti kad pengenalan dan surat beranak murid, kemudian mengembalikannya kepada guru-guru pengiring. Sebagai pegawai yang ditugaskan, saya berperanan seolah-olah pengurus pasukan – memastikan makanan diperoleh dan diedarkan kepada semua guru serta murid.

Menjelang tengah hari, berlangsung majlis ringkas penyampaian hadiah bagi dua kategori pertandingan iaitu Mutiara Hadis dan Smart Digital. Selain hadiah, setiap PPD turut menerima sijil penyertaan serta hamper sebagai tanda penghargaan.

Namun pada sesi petang, timbul sedikit isu. Penyesuaian pentas yang dijadualkan diadakan di SJKC Kung Ming ditukar kepada sekadar penyesuaian audio. Murid-murid tidak dibenarkan mencuba pentas, sedangkan terdapat sekolah lain yang diberikan peluang. Hal ini menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati yang akhirnya diluahkan dalam group WhatsApp pegawai meja prasekolah. Saya sendiri, yang sudah agak letih selepas mengangkat barang ke tempat letak kereta yang jauh, memilih untuk tidak ke Kung Ming. Sebaliknya, saya terus ke hotel untuk berehat.

Pada sebelah malam, saya melihat perkongsian daripada daerah lain yang memanfaatkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar Tawau, membeli-belah serta mencuba makanan tempatan. Namun bagi saya, setelah pernah setahun tinggal di Tawau, suasananya tidaklah asing atau istimewa. Malam saya dihabiskan di hotel dengan tenang, sambil bersedia untuk hari seterusnya.

Hari ini mengajar saya tentang pentingnya ketahanan diri ketika berhadapan dengan jadual padat dan suasana yang mencabar. Walaupun tugasan kelihatan kecil seperti menyusun dokumen atau mengagihkan makanan, ia sebenarnya memainkan peranan besar dalam memastikan perjalanan pasukan berjalan lancar. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab, saya belajar bahawa kesabaran dan kecekapan mengurus perkara-perkara kecil itulah yang menjadi kunci kepada kejayaan besar sebuah pasukan.

“Kekuatan pasukan terletak pada keikhlasan dalam mengurus yang kecil, kerana daripadanya lahir kejayaan yang besar.”

Penamatan Blog disebabkan mahu mengurangkan kerja

Saya pasang azam baru untuk post di sosial media. Penamatan blog ini akan membantu saya fokus kepada sosial media saya selain daripada mengu...